Rupa Baru Lesen Memandu & Cukai Jalan (roadtax) Fizikal Malaysia

Sumber Utusan Malaysia

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dalam bentuk fizikal yang baru kepada orang awam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyatakan bahawa langkah ini diambil kerana masih banyak pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia untuk menggunakan kaedah pendigitalan.

Beliau menyatakan bahawa pemerhatian dari pihaknya menunjukkan bahawa sebanyak 7.5 juta individu telah menggunakan aplikasi MyJPJ sehingga 31 Disember yang lalu.

“Keadaan ini menunjukkan bahawa masih banyak individu yang lebih suka menggunakan kaedah fizikal berbanding sistem digital. Oleh itu, untuk penyesuaian dalam tempoh interim, JPJ akan mengeluarkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dalam bentuk fizikal yang baru dan seragam,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat JPJ Selangor di Padang Jawa hari ini.

Pada 10 Februari tahun lalu, Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan fasa pertama pendigitalan kepada semua pemilik kenderaan persendirian warganegara.

Semua individu diberi kebenaran untuk menggunakan mod paparan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi MyJPJ.

Namun, inisiatif tersebut telah menimbulkan rungutan terutama dari kalangan warga emas yang tidak memahami cara penggunaannya.

sumber : Utusan Malaysia

About Jasni Johari 35 Articles
Saya Jasni Bin Johari. Expert dalam Takaful Am & Takaful Keluarga . Saya dengan sebagus yang mungkin akan menyampaikan info, maklumat, teknik dan ilmu yang bukan teknik, semua atas pengalaman 9 Tahun dalam bidang Takaful. Salam kenal dari saya dan semoga dapat manfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.