1 Kesilapan besar yang menyebabkan, pemilik polisi takaful, gagal ‘claim’ tuntutan “pampasan sakit kritikal” pada awal tahap penyakit (Tahap 1).

Ramai sangat orang nak yang murah, tanpa mengetahui kenapa ianya murah, dan  akhirnya katanya takaful tipu.  

Jom baca sampai habis, supaya jelas dan sesal kemudian tiada gunanya.

Tidak Membuat Survey Berkenaan Produk/Pakej.

Kebanyakkan pemilik sijil takaful, tidak membuat ‘survey’ atau kajian berkenaan dengan ciri-ciri yang terdapat dalam satu-satu produk Takaful.

Survey atau kajian yang mereka lakukan adalah “survey harga” sahaja, dan tidak melihat kepada ciri-ciri produk itu sendiri.

Survey harga daripada satu operator takaful ke satu operator yang lain dengan objektifnya membandingkan dan memlilih harga yang paling rendah, tanpa melihat kepada ciri-ciri produk dengan sedikit terperinci.   

Pada logiknya produk yang murah sudah semestinya tiada mempunya sebarang kelebihan yang lain, melainkan fungsi yang asas sahaja. Produk takaful pun sama juga seperti produk fizikal yang lain.

Rider “Pampasan Penyakit Kritikal”

Pampasan Penyakit Krtitikal adalah salah satu manfaat yang di kenali sebagai ‘rider’ (terma takaful, ia juga bermaksud “add-on” / pilihan / tidak wajib ). Ini bergantung kepada anda nak tambah manfaat ini atau pun tidak.

Kebiasaanya orang akan tambah manfaat ini. Secara ringkasnya manfaat ini akan membolehkan anda menerima sejumlah pampasan sekiranya anda kena penyakit kritikal.

Orang di Malaysia ni sudah sinonim dengan penyakit 3 serangkai iaitu sakit jantung, kencing manis dan juga darah tinggi. Dan tidak di lupakan pelbagai jenis kanser, 4 penyakit ini menjadi pembunuh utama rakyat Malaysia.

Ada sebanyak 36 jenis penyakit kritikal semuanya, yang sekiranya anda menghidap salah satu penyakit ini, dan di sahkan oleh doktor anda boleh membuat tuntutan pampasan dengan operator takaful. Bergantung kepada jumlah pampasan yang anda pilih semasa pendafataran.

Berikut adalah senarai 36 jenis penyakit :

Pampasan Penyakit Kritikal Ada 3 Jenis.

Manfaat atau rider ini pula terbahagi ke 3 jenis. Ini umpama kita nak beli kereta dan ada beberapa spec, iaitu spec Normal, spec medium dan juga full spec. untuk manfaat rider ini pun sama juga lebih kurang maksudnya. Faham kan ..?

Berikut ini adalah spec nya :

  • Penyakit Kritikal Jenis Accelerated
  • Penyakit Kiritikal Jenis Additional
  • Penyakit Kritikal Jenis Comprehensive 

Penyakit Kritikal Jenis Accelerated

Bagi jenis manfaat sakit kritikal yang ni bermaksud, ermmm,.. saya terus bagi contoh la senang sikit nak faham. Ok.

Sebagai contoh jumlah pampasan sakit kritikal anda adalah sebanyak RM50,000.00 manakala jumlah perlindungan Asas anda adalah RM300,000.00 .

Sekiranya anda di sahkan menghidap sakit kritikal oleh doktor yang berkelayakkan (mesti pada tahap 4). Anda boleh membuat tuntutan sebanyak RM50,000.00. Sekiranya semua tuntutan ok, berjalan dengan lancar, anda akan dapat RM50,000.00 terus masuk dalam akaun anda.

Namun, Perlindungan asas anda tadi, akan berkurangan sebanyak RM50,000.00 jadi, baki perlindungan asas anda kini hanya tinggal RM250,000.00, sekiranya berlaku kematian waris atau penerima hibah akan terima baki tadi iaitu RM250,000.00.

Ini adalah contoh, bagi manfaat sakit kritikal jenis Accelerated, namun jenis add-on ini adalah kategori Murah.   

Penyakit Kritikal Jenis Additional

Bagi jenis yang ini pula, kita masih lagi menggunakan contoh di atas, iaitu perlindungan asas RM300,000.00 dan Pampasan Sakit Kritikal RM50,000.00

kalau jenis Accelerated di atas, dia akan tolak RM50,000 daripada jumlah perlindungan asas iaitu RM300,000.00. Tapi bagi jenis Additional ini pula, ia tidak akan usik jumlah perlindungan asas. Maknanya anda akan terima RM50,000.00 terus masuk akaun, dan jumlah perlindungan asas masih lagi kekal RM300,000.00.

Namun jenis ini juga perlu sampai tahap 4 sakit kritikal baru anda bole buat tuntutan pampasan.

Penyakit Kritikal Jenis Comprehensive

Jenis pampasan sakit kritikal yang ini (comprehensive) ini adalah jenis yang seumpama “Full Spec”. Maksudnya anda boleh membuat tuntutan tanpa perlu menunggu pada tahap 4 sakit kritikal.

Anda boleh buat tuntutan seawal tahap 1, iaitu sejurus selepas anda di sahkan menghidap penyakit kritikal, anda bole membuat tuntutan iaitu sebanyak RM25,000.00 (50% daripada jumlah pampasan sebenar) dan 50% lagi berikutnya anda boleh tuntut setelah pada tahap penyakit berikutnya.

Walaubagaimana pun, sekiranya anda ingin membuat tuntutan pada tahap pertengahan sakit kritikal maka pihak takaful akan membayar anda 100% daripada jumlah pampasan iaitu sebanyak RM50,000.00.

Dan setelah pampasan di bayar jumlah perlindungan asas anda juga tidak akan berkurangan. Masih lagi tetap sama RM300,000.00 (contoh kes di atas).

Oleh yang demikian, diharap dengan adanya maklumat-maklumat ini akan dapat memberikan sedikit sebanyak input berkenaan dengan ‘rider’ sakit Kritikal ini, dan akhirnya dapat membantu anda membuat keputusan yang terbaik untuk anda.

Namun, tidak semua operator takaful mempunyai pakej dan jenis rider yang sama seperti ini, namun pada asasnya masih lagi sama. Ini adalah rider daripada operator Takaful Ikhlas.

TIPS: berdasarkan pengalaman saya, setiap orang yang menghidap penyakit kritikal ini adalah bedasarkan keturunan, oleh yang demikian sekiranya anda ada keturunan sakit kritikal ambil la pakej yang ‘comprehensive critical illness’ supaya anda dilindungi secara menyeluruh.

Bukan bermakna anda ‘confirm’ ada penyakit kritikal tapi sebagai langkah awasan.

About Jasni Johari 35 Articles
Saya Jasni Bin Johari. Expert dalam Takaful Am & Takaful Keluarga . Saya dengan sebagus yang mungkin akan menyampaikan info, maklumat, teknik dan ilmu yang bukan teknik, semua atas pengalaman 9 Tahun dalam bidang Takaful. Salam kenal dari saya dan semoga dapat manfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.