PENING DENGAN PESAING DI SHOPEE? Tips atasi pesaing

Ramai yang pening kalau sale di Shopee stuck atau makin menurun. Sale boleh menurun dengan beberapa sebab antaranya persaingan makin bertambah, kekurangan pilihan barangan yang dijual, dan rating yang tidak bagus.

Harini saya nak sentuh tentang bagaimana ingin mengatasi pesaing di Shopee bagi membolehkan sale kita di Shopee tidak mengalami penurunan.

Antara salah 1 caranya adalah dengan meletakkan gambar yang outstanding berbanding pesaing. Gambar yang outstanding membolehkan audiens untuk lebih tertarik kepada kedai kita berbanding pesaing. Salah satu cara untuk menjadikan gambar kita lebih outstanding adalah dengan meletakkan “words” atau 1,2 perkataan pada gambar. Selain itu, penggunaan gambar yang kreatif dapat menjadikan gambar barangan kita menjadi pilihan untuk diklik oleh audiens.

Cara kedua adalah dengan menggunakan headline yang menangkap mata audiens. Dengan cara itu audiens akan lebih terarah untuk mengklik post kita. Headline yg menarik mungkin bole diletakkan perkataan “OFFER” atau “FREEGIFT” sebagai contoh.

Cara ketiga adalah dengan mengiklankan barangan kita menggunakan Shopee Ads. Ini akan menjadikan post kita akan berada di kedudukan paling atas berbanding pesaing. Ramai yang takut membuat ads di Shopee memandangkan ramai yang masih kurang mahir selok belok di Shopee Ads. Tetapi tahukah anda dengan cara yang betul Shopee Ads mampu mengenepikan semua pesaing kita dan memberikan keuntungan yang lumayan kepada kedai kita.

Anda ingin belajar lebih lagi berkenaan Rahsia Panduan Shopee? >>  Sila klik  untuk dapatkan panduan lengkap teknik dan strategi rahsia shopee. <<

About Jasni Johari 35 Articles
Saya Jasni Bin Johari. Expert dalam Takaful Am & Takaful Keluarga . Saya dengan sebagus yang mungkin akan menyampaikan info, maklumat, teknik dan ilmu yang bukan teknik, semua atas pengalaman 9 Tahun dalam bidang Takaful. Salam kenal dari saya dan semoga dapat manfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.