Lihat Wanita Ini, Jualan Tudung Cecah RM14,191.47 Di Ebay!

Ok, anda mungkin selalu fikir ape nak dijual kat Ebay ni.

Sebenarnya tak kira apa barang pun yang anda letak kat ebay ni, insyaAllah akan ada yang membeli.

Nak tau sebab apa?

Sebabnya ebay memang tempat membeli belah di luar negara. Diorang memang telah terdidik untuk membeli secara online sahaja.

Anda boleh lihat sendiri sales seorang seller ni dari Malaysia.

Akaun di Ebay masih sangat-sangat baru. Tak sampai 10 bulan lagi pun. Tapi dah berjaya buat sales 5 angka. 100% hanya dari ebay.

Dia jual tudung sahaja. Hari-hari dia jual tudung.

Walaupun sales dia tak banyak. Tapi konsisten. Setiap bulan walaupun sikit, tetap ada sales.

Dan itu lebih baik daripada orang yang langsung tak buat sales kat ebay. Zero sales. Langsung takde masuk duit dalam USD.

So anda pilih mana?

Langsung takde sale ataupun at least ada sales walaupun sikit. Lagipun bukan anda yang kena jual pun. Ebay yang tolong jualkan untuk anda. ?

Tugas anda cuma bila dapat duit tu cepat-cepatlah poskan barang ke customer. Mudah kan? hihi.

Cuba tengok sales dia ni setiap bulan. Dalam USD ni tau. Sila kira USD1 darab dengan RM4.42.

Ni akaun seller tersebut:

 

Nampak tak?

Daftar pada 6 april 2016. Baru 8 bulan lebih.. Tak sampai setahun pun lagi. Ni bukan cakap kosong tau. Saya tunjuk bukti. ?

Dia jual apa ni?

Dia jual tudung. Brand aida naim. Dalam masa 8 bulan lebih je (saya tak kira bulan dec) dah terjual 173 helai!

Bulan pertama memang lah. Baru nak belajar. 2 helai jer. Dapatlah 36usd. Tak banyak. Anda mungkin tak heran… ?

But this is the real business. Build up the ebay account slowly.

Percayalah.

Bisnes yang cepat naik biasanya cepat jer jatuh. Tudung ni memang takde isu copyright di ebay. So ebay gerenti 99% takkan suspend akaun anda.

Nak tau supplier dia?

Sesi pembelajaran kita kali ni secara real case study. Jom kita tengok sales seller ni untuk bulan sept to nov (88 days)

Kita tengok top 3 sahaja.

  1. instant shawl calista : 14 sold, sales USD254.53 @ RM1126.03
  2. instant shawl seroja : 10 sold, sales USD190.43 @ RM842.45
  3. instant shawl lestari : 9 sold, sales USD 165.55 @ RM732.38

Total sales adalah USD610.51 equivalent to RM2700.86.

Ini adalah penyumbang utama kepada jualan produk seller ni. Inilah dinamakan research. Kalau research anda bagus. Research anda strong. Anda tak perlu jual barang yang sembarangan jer. Anda listing barang yg memang ada track rekod sales yang bagus sahaja.

Kalau anda follow past sales history dan dapat faham dari data sales tu. InsyaAllah 95% saya gerenti anda punya barang pun akan terjual. So takyah lah nak listing pakai sembarangan jer. Dah tak terjual nanti kecewa.

Belajarlah dulu buat research macam mana. Cari apa demand buyer. Barulah anda supply. Bukan cari supplier kemudian try jual. Ni bukan try and error bang.  Kita nak buat sales yg try tapi kurang error. Cuma 5 significant error jer kita nak. Kan dah masuk topik matematik pulak ?

 

Ok ni adalah listing live seller ni. Dah 22 sold bukan 14 sold lagi.

Waktu anda baca artikel ni seller ni tengah makan tengah jalan-jalan dengan anak bini. Tapi bisnes dia still berjalan dan menghasilkan USD.

Jom kita tengok siapa supplier.

Ni ha suppliernya:

 

(https://shoppingmurah86.blogspot.my/p/koleksi-khas-aida-naim.html)

Nampak tak, sama kan?

Mungkin anda ada supplier yang lebih baik. Dan dapat harga yang lebih murah. Ni case study sahaja. blog jual tudung tu pun bukan sy punya.

Saya tunjukkan jer. Untuk anda belajar. Bagi mata dan minda anda terbuka sikit. Bagi anda nampak peluang ni ?

Ok kita kira kos berapa ye:

Kos sehelai paling murah RM32 = USD 7.2

Shipping : rm8 = usd1.8 ( guna flexipax)

Jual : RM80.25 = usd18.14

Ebay fees : $1.81

Paypal fees : $0.83

Net profit seunit : $18.14-$7.2-$1.8 -$1.81-$0.83 = $6.47 @ RM28.62

Seller ni dah berjaya jual 22 helai kalau ikut rekod yang terkini. So, RM28.62 X 22 helai = RM629.64. ni baru 1 jenis tudung je!!!

Dah lah takyah nak belajar menjual. Listing @ buat iklan jer kat ebay lepas tu tinggal jer.

Ebay yang tolong carikan buyer. Dah dapat sales, tinggal pos jer. Kerja jadi lebih mudah.

Ebay untuk orang yang tak tau nak buat sales..

Dan juga untuk orang yang baru mula-mula nak menjinakkan diri berniaga di ebay..

Bestkan?

Ok. Saya dah dedahkan bogel habis. Niche saya tunjuk, supplier saya kongsikan. cara nak buat research pun saya bagitau.

Tapi saya harap anda janganlah sailang harga seller ni. Tujuan saya share ni untuk anda belajar. Jangan pulak anda tiru sebijik sebijik macam ni. Lepas tu anda nak buat sales anda buang harga. Taknaklah macam tu.

Jangan risau. Market ni luas bang. Anda letak harga lagi tinggi pun orang akan beli. Kalau dah rezeki tu memang anda punya. InsyaAllah anda akan dapat sale juga. Belajarlah menjual dengan adab dan etika.

Allah dah janji pun dalam firmanNya:

So copy case study ni dan jual lah tudung jenis lain pulak. Tudung Neelofa ke, tudung Radiusite ke, tudung fareeda ker. Kan ada banyak tudung tuh.

Selain tu. saya nak bagi tips juga. Setiap hari anda bacalah yassin, waqiah dan surah mulk.

Saya dah amalkan setiap hari. Alhamdulillah. Allah bagi rezeki yang tanpa henti kat saya. Kadang satu hari saya terlampau sibuk sepanjang masa atas jalan jer. Saya jeling-jeling baca guna hp waktu drive bawak pelan-pelan.

Saya percaya Yassin ni mempermudahkan urusan harian kita setiap hari, Al-waqiah pulak Allah dah janji kau takkan miskin selagi kau amalkan membacanya. Dan Al-Mulk pulak katakanlah tengah sibuk urusan dunia setiap hari tiba-tiba mati.. So surah ni lah yang akan temankan anda dalam kubur nanti. Anak bini mak ayah kawan-kawan memang confirm teman sampai tepi kubur je ?

Ok, setakat tu jelah perkongsian kita kali ni. Sampai termasuk topik agama dakwah anda sekali.

Saya mengajak ke arah perkara kebaikan. Mudah-mudahan anda praktiskan anda dapat pahala saya pun dapat pahalanya.. Aminn.

*Kredit: perkongsian di atas adalah ditulis oleh rakan saya, Zul Ariffin.

Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

–>> Boleh klik disini untuk tempahan <<–

 

About Jasni Johari 35 Articles
Saya Jasni Bin Johari. Expert dalam Takaful Am & Takaful Keluarga . Saya dengan sebagus yang mungkin akan menyampaikan info, maklumat, teknik dan ilmu yang bukan teknik, semua atas pengalaman 9 Tahun dalam bidang Takaful. Salam kenal dari saya dan semoga dapat manfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.