KENAPA JUAL BELI DI SHOPEE?

Shopee merupakan diantara platform online shopping yang terbaik dan menerima kunjungan daripada ramai pengguna setiap hari. Transaksi yang berlaku setiap hari juga sangat tinggi. Popularitinya juga semakin meningkat saban hari. Cuba tanya kawan-kawan atau ahli keluarga anda mengenai Shopee, paling kurang pun mesti pernah dengar mengenai Shopee.

 

Iklan promosi di media sosial juga terlalu banyak, ditambah pula dengan penajaan berskala besar oleh Shopee seperti penajaan Liga Malaysia, yang sekaligus menjadikan lebih ramai orang mula mengenali Shopee sebagai platform online shopping yang utama di Malaysia. Zaman sekarang ni terlalu ramai yang memilih untuk membeli secara online. Sebab tu kalau anda perhatikan di media sosial, anda jual jer apapun. Mesti akan ada orang yang berminat.

 

Tapi, Shopee ni lain sikit. Ia tak sama dengan platform online shopping yang lain yang menyebabkan orang ramai berjual beli.

 

5 Sebab Kenapa Jual Beli di Shopee:

 

  1. Harga yang sangat murah dan berpatutan

 

Kalau anda cari barang yang sama di platform lain, anda akan lihat perbezaan harga yang sangat tinggi sehingga anda akan secara automatik terus beli di Shopee tanpa berfikir panjang.

 

  1. Terdapat ramai penjual yang menawarkan free shipping

 

Biasanya kos untuk shipping/pos ni yang membuatkan ramai pengguna tak jadi untuk meneruskan pembelian. Tapi, tidak di Shopee kerana terdapat ramai penjual yang menawarkan free shipping. Biasanya kalau dikenakan caj pun ramai yang masih beli sebab harga di Shopee dah sangat-sangat murah!

 

  1. Risiko untuk berjumpa dengan “scammer” adalah 0%

 

Jika di platform lain, anda pastinya pernah dengar mengenai kes dimana untuk membeli satu-satu barang dan COD (cash on delivery) anda perlu untuk bayar terlebih dahulu untuk lock barang, caj untuk COD dan sebagainya. Biasanya harga yang ditawarkan adalah sangat murah untuk memancing minat pembeli. Apa lagi, anda pun terus bank in dan akhirnya barang entah kemana dan duit anda pun lesap. Di Shopee, ada satu sistem yang akan memastikan anda selamat daripada scammer. Tengok point nombor 4.

 

  1. Duit anda akan selamat didalam sistem Shopee sehingga anda menerima barang yang anda pesan

 

Sistem Shopee sangat berbeza dengan platform lain dimana jika anda melakukan pembayaran, Shopee akan “hold” dulu duit tersebut didalam sistem. Duit hanya akan diberikan kepada penjual sebaik sahaja anda mengesahkan penerimaan barang anda.

 

  1. Proses “refund and return” yang boleh dilakukan jika anda menepati terma dan syarat

 

Jika di platform lain, sangat sukar untuk anda dapatkan semula refund jika barang yang diterima tidak berada didalam kondisi seperti yang sepatutnya. Tapi tidak di Shopee. Jika anda memenuhi terma dan syarat, proses ini akan dilakukan dengan sangat mudah dan pantas. Begitu juga untuk penjual. Biasanya pembeli akan “claim” barang rosak dan sebagainya tetapi apabila anda meminta mereka untuk memulangkan barang, mereka tak nak buat. Selaku penjual, anda pastinya bimbang jika pembeli menipu anda dan sebagainya. Jadi, proses “refund and return” merupakan satu situasi yang win-win buat pembeli dan juga penjual.

 

Banyak lagi sebab utama yang membuatkan ramai orang berjual beli di Shopee. Jika anda berjaya untuk kenalpasti dan menggunakan sebab-sebab tersebut sebaiknya, anda bukan sahaja mampu untuk menjual apa sahaja di Shoppe. Anda juga mempunyai potensi untuk menjana sehingga RM1000 sehari dengan menjual di Shopee.

 

Syaratnya mudah sahaja. Anda perlukan ilmu dan mentor yang betul. Nak dapatkan personal coaching mungkin anda perlu laburkan sehingga ribuan ringgit. Tapi, ada satu lagi cara untuk anda dapatkan ilmu dan mentor yang tepat pada kadar yang sangat-sangat berpatutan iaitu menerusi Rahsia Shopee.

 

Dalam panduan ini, anda akan dimasukkan kedalam group support yang akan membimbing anda sepanjang “journey” anda selaku seorang seller di Shopee. Anda juga akan diberikan akses kepada video tutorial untuk memudahkan lagi proses pembelajaran anda. So, better dapatkan akses kepada panduan Rahsia Shopee sekarang juga!

 

About Jasni Johari 35 Articles
Saya Jasni Bin Johari. Expert dalam Takaful Am & Takaful Keluarga . Saya dengan sebagus yang mungkin akan menyampaikan info, maklumat, teknik dan ilmu yang bukan teknik, semua atas pengalaman 9 Tahun dalam bidang Takaful. Salam kenal dari saya dan semoga dapat manfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.