
Ramai yang tahu cara membuat tuntutan kecederaan tubuh badan (Third Party Bodily Injury – TPBI) terhadap syarikat insurans pihak ketiga yang mengakibatkan kemalangan.
Tapi ramai yang tidak tahu bahawa kita boleh menuntut pampasan kemalangan kepada Motor Insurer’s Bureau (MIB), ini sekiranya berlaku kemalangan dan kecederaan yang di akibatkan oleh kenderaan yang tidak mempunyai insurans/takaful yang sah?
Berikut adalah beberapa hal penting yang kita perlu tahu:
- Failkan tuntutan terus kepada MIB atau melalui peguam
- Wajib ada ada nombor pendaftaran kenderaan yang mengakibatkan kemalangan.
- Failkan tuntutan sebelum 3 tahun
- Jikalau tuntutan anda melibatkan tuntutan undang undang, anda perlu memberitahu MIB dalam tempoh 30 hari dari tarikh fail tuntutan bersama dokumen yang berkaitan.
- MIB cuma akan membayar untuk keceraan (contoh: luka, patah & retak). MIB tidak akan membayar untuk kerosakkan kenderaan, pakaian, jam, kemerosotan pendapatan, bill hospital & dsb.
- Jumlah pembayaran termaktub kepada keputusan MIB sendiri
Dokumen yang perlu disediakan:
- Surat menyatakan hasrat tuntutan dan senarai kepilan
- Salinan aduan polis (perlu menyatakan nombor kenderaan pihak ketiga)
- Laporan polis pihak ketiga (jika ada)
- Laporan perubatan anda
Sediakan salinan, dan hantar salinan utama ke:
Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No 150-3, Tingkat 3, Jalan Tun Sambathan, Brickfields, 50782, Kuala Lumpur.
Telefon: 0322747395
Faks: 0322745910
** Termasuk kemalangan di Sabah & Sarawak
Leave a Reply