Bagaimana Cara Menggunakan Medical Card dengan Cara Yang Betul.

Artikel kali ini saya kongsi kan berkenaan Tips dan Cara menggunakan Medical Card yang betul, supaya proses kemasukkan ke hospital swasta berjalan dengan lancar dan mudah.

Baiklah, pertamanya korang kena tahu, bahawa Medical Card ini hanya boleh di gunakan semasa kita kena “admit” di hospital. Maksudnya kita kena bermalam satu malam di hospital barulah medical card ini boleh digunakan.

Sekiranya rawatan yang dijalankan hanyalah sebagai pesakit luar, maka medical card ini tidak boleh digunakan.

Secara asasnya Medical card ini sangat-sangat membantu bila kita perlu menjalani satu pembedahan atau rawatan sakit yang serius seperti kanser, jantung dan lain-lain lagi. Kita tidak tahu bila usia meningkat kita akan sangat terdedah kepada penyakit-penyakit ini.

Oleh itu, sangat bijak sekiranya kita mengambil medical Card ini pada usia yang muda kerana sumbangan bulanan yang perlu di buat sangat rendah berbanding mengambil medical card pada umur lebih tua.

Selain daripada itu Medical Card ini juga sangat diperlukan apabila berlaku sesuatu musibah seperti kemalangan dan kes-kes emergency. Sudah tentu kita nak kan rawatan yang terbaik untuk kembali pulih seperti sedia kala.

Ok, baiklah berbalik kepada tajuk asal bagaimana nak menggunakan medical card ini, dan sebelum itu perkara penting yang korang kena pastikan.

Pembayaran Bulanan Tidak Lapse

Maksud lapse disini adalah berlaku tunggakan selama 3 bulan berturut-turut. Bila keadaan ini berlaku kemudahan medical card anda akan di berhentikan buat sementara waktu sehinggalah pembayaran tunggakan dijelaskan.

Oleh itu, amat penting korang anda kena pastikan bayaran bulanan sentiasa dibuat pada waktunya. Mengikut pengalaman saya, keadaan seperti ini juga pernah berlaku, lagi-lagi ianya berlaku pada saat-saat kita sangat-sangat memerlukannya.

Step By Step cara guna Medical Card

Step 1 & Step 2 

Sekiranya anda sakit demam, dan sebagainya. Anda perlu pergi mendapatkan rawatan di klinik biasa berhampiran tempat tinggal anda.

Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor.

Namun sekiranya anda mampu anda boleh je pergi terus ke hospital pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor namun seperti anda sedia maklum kos untuk khidmat nasihat dan pemeriksaan awal sahaja ini juga agak tinggi. Dan kos ini tidak akan di tanggung oleh medical card anda.

 

Step 3

Doktor akan membuat pemeriksaan dan akan memberikan nasihat kepada anda samaada anda perlu ke hospital untuk admit atau pun tidak.

Sekiranya tidak perlu , anda dikategorikan sebagai demam biasa sahaja. Dan boleh la ambil ubat yang di sarankan oleh doktor dan berehat di rumah. Namun sekiranya setelah ubat telah habis dan sakit masih tidak lagi sembuh, pergi la berjumpa sekali dengan lagi doktor di klinik tadi untuk membuat pemeriksaan lanjutan biasanya doktor akan membuat rujukan ke hospital kerjaan atau pun pakar untuk admit.

Step 4

Sekiranya doktor menasihatkan untuk anda admit , jangan lupa minta surat rujukan (penting) kepada hospital pakar yang anda hendak pergi. Surat tersebut akan lebih memudahkan proses admit anda nanti .

Pada ketika ini anda boleh la menghubungi nombor telefon yang tertera pada medical card anda untuk memaklumkan anda hendak admit di hospital sekian, ini sebagai persediaan supaya proses pengeluaran Guarantee Letter (GL) lebih mudah dan cepat , dan anda tidak perlu menunggu lama untuk admit nanti. Pada peringkat ini anda juga boleh bertanya kepada pihak ketiga tersebut sekiranya medical card atau polisi anda ada sebarang masalah.

GL akan di kendalikan oleh pihak syarikat takaful itu sendiri atau pun ada juga syarikat takaful yang menggunakan pihak ketiga untuk mengendalikan GL ini. Bagi Takaful Ikhlas GL ini di kendalikan oleh pihak ketiga  nama Mediexpress.

Mediexpress yang akan memproses GL anda dan ini akan mengikut kepada jenis polisi yang anda ambil.

Seterusnya, anda perlu pergi ke  bahagian kecemasan untuk membuat pendafataran atau pre-admit, di sini anda perlu memberikan nama, no kad pengenalan, medical card anda dan juga surat rujukan daripada doktor klinik tadi, dan hospital akan menguruskan proses GL anda tadi.  

Step 5

Setelah semua telah di proses GL telah di keluarkan barulah anda akan menerima rawatan dan di masukkan ke dalam wad.

Biasanya proses ini akan mengambil masa dalam setengah hingga ke 1 jam, ini juga bergantung kepada keadaan semasa hospital tersebut.

Biasanya sewaktu menunggu GL di keluarkan staff hospital akan memberikan cadangan kepada anda untuk masuk wad dahulu walaupun GL belum lagi di keluarkan, namun seandainya terdapat masalah pada polisi anda yang menyebabkan GL anda tidak dapat di keluarkan, anda perlu menanggung keseluruhan kos rawatan anda nanti, oleh itu bergantung kepada anda kerana hanya anda sendiri yang mengetahui sejarah polisi anda. Sila baca di sini “5 sebab kenapa GL anda di tolak” .

Namun dalam kes-kes kecemasan seperti kemalangan yang melibatkan kecederaan yang teruk, anda boleh terus pergi mendapatkan rawatan di mana-mana hospital pakar yang panel.

Semoga perkongsian ini akan dapat memberi sedikit sebanyak info berkaitan penggunaan medical card ini. Hampir semua syarikat takaful mempunyai cara dan step yang sama. Kerana pada dasarnya Polisi yang di tawarkan adalah sama, kalau ada perbezaan mungkin tambahan sahaja dan perkara yang kecil, namun asasnya tetap sama. 

Saya bagi kebenaran kepada anda untuk share artikel ini , supaya lebih ramai di luar sana yang mendapat manfaat. 

About Jasni Johari 35 Articles
Saya Jasni Bin Johari. Expert dalam Takaful Am & Takaful Keluarga . Saya dengan sebagus yang mungkin akan menyampaikan info, maklumat, teknik dan ilmu yang bukan teknik, semua atas pengalaman 9 Tahun dalam bidang Takaful. Salam kenal dari saya dan semoga dapat manfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.