7 JENIS BARANG YANG TERJUAL DI EBAY SETIAP 10 SAAT!

Salam ceria,

Terima kasih kerana sudi follow artikel-artikel saya..

InsyaAllah saya akan terus berkongsi di blog ini tentang potensi perniagaan di ebay.

Saya tahu, ada mata-mata yang kurang senang apabila saya berkongsi bisnes ebay ini terutamanya barang apa yang dijual. Di mana saya kongsi secara terbuka kerana ini akan menambah pesaing di ebay oleh seller yang sama.

Tapi prinsip saya mudah. Rezeki ni Allah yang bagi, bukan boss yang bagi, bukan kawan anda yang bagi dan bukan makhluk Allah yang bagi.

Makhluk Allah itu hanyalah perantara sahaja untuk menyampaikan rezeki kepada setiap hambaNYA.

Sama juga seperti bisnes di ebay. Bisnes di ebay ini adalah perantara (platform) sebagai marketplace yang berpotensi untuk mendapatkan rezeki sampingan anda.

Ok berbalik pada topik asal,

Anda tau apa barang yang laris terjual di ebay dalam masa kurang 10 saat ini?

Ini faktanya:

  1. Jam tangan terjual di ebay setiap 3 saat
  2. Smartphone terjual di ebay setiap 4 saat
  3. Baseball card terjual di ebay setiap 4 saat
  4. Dress terjual di ebay setiap 6 saat
  5. Kasut wanita terjual di ebay setiap 6 saat
  6. Home decor terjual di ebay setiap 8 saat
  7. necklace terjual di ebay setiap 10 saat

Anda boleh rujuk gambar di bawah :

Ok mari kita pergi lebih dalam bagaimana nak menjadi salah seorang seller di ebay yang mendapat pendapatan sampingan dari website ebay.

Saya sentuh 1 produk sahaja iaitu Jam tangan yang terjual di ebay setiap 3 saat

Ini adalah antara jam yang mendapat jualan terbanyak di ebay:

Cuba anda kira sikit berapa sale jualan seller ebay ini.

$3.51 x 10273 unit = $36058 = RM159,793.77

Kalau kita ambil 10% sahaja profit dari sales ni dah dapat RM15,979.38. Banyakkan?

Cukuplah untuk buat bayar pampers anak sampai dia umur 20 tahun. hehe..

 

Berdasarkan data jualan di ebay dalam masa 3 bulan sahaja ( 30 okt 2016 – 27 Jan 2017) jumlah jualan jam tangan di website ebay.com adalah sebanyak $18,103,722.11 = RM80,228,019.84

Dan jumlah jam yang terjual adalah sebanyak 281,417 unit!

80 JUTA++ RINGGIT MALAYSIA TRANSAKSI JUAL JAM DALAM MASA 3 BULAN SHJ

Banyak tak?

Ok mari kita tengok ada tak dalam RM80 juta ++ jualan tu  termasuk ebay seller dari Malaysia..

Ada tak seller Malaysia yang menyumbang hasil jualan sebanyak RM80 juta ++ tu.

So cuba tengok gambar kat bawah ni:

Hasil dari data yang saya analisis ni terdapat sebanyak 1314 iklan (listing) di ebay.com yang merupakan seller dari Malaysia.

Ramai kan seller Malaysia yang jual jam senyap-senyap tanpa anda sedari?

Nak tau lebih detail lagi siapa dia ni?

Apa jam yang dia jual?

Siapa supplier?

Macam mana nak buat?

Ok saya ceritakan sikit macam mana prosesnya..

Ni haa antaranya..

Seller ni jual jam custom made, atau dalam erti kata lain orang panggil barang Print on demand (POD)

Berapa dah dia jual?

$16.14 x 80 unit = $1291.2 = RM5722.05

Seller ni dah dapat sales sebanyak RM5700++ hanya dari jualan jam ni sahaja.

Mana supplier?

Ni suppliernya:

Harga datang USD8.49.

Mari belajar kira anggaran untung bersih hasil jualan jam ni ye

$16.14(sale) + $0 (shipping charge) -$8.49(cost item)-$0(shipping cost) – $1.61(ebay fees)-$0.77(paypal fees) = $5.27

So anggaran untung bersih adalah $5.27 x 80 unit = $421.6 x RM4.4316 =RM1868.35

Anggaran margin adalah 32.65% dari hasil jualan.

Anda boleh rujuk website supplier di sini. www.artsnow.com.

Nak subcribe supplier ni ada bayaran bulanan sebanyak USD19.95. dalam RM90 la..

Tapi sangat berbaloi-baloi. bayar bulanan RM90 shj, tapi dapat profit RM1800++ secara part time shj.

Ok lah kan?

Saya harap, anda semakin terbuka minda untuk cuba luangkan masa untuk belajar membina bisnes di ebay.

Awal-awal anda niaga di ebay memang takkan dapat untung yang lumayan. perniagaan di ebay bukan macam skim cepat kaya, anda perlu belajar macam mana nak bina Detail Seller Rating (DSR) di ebay dahulu.

Setelah anda dah ada sejarah pernah menjual di ebay, barulah ebay akan confident untuk naikkan selling limit account ebay anda, dan paypal dah tak hold duit anda di ebay.

Ada banyak cara nak belajar, anda boleh belajar sendiri dengan cara melalui blog ni sahaja. Dah ada ramai yang berjaya buat sales melalui bacaan di blog ini sahaja. Alhamdulillah. syabas saya ucapkan bagi yang terus ambil tindakan!

Boleh baca komen ikhlas sister di bawah ni….

Setelah anda berjaya menjual di ebay, apa yang anda perlu belajar adalah bagaimana nak mengelakkan akaun dari kena suspend.

Orang yang dah pernah niaga di ebay dan dah pernah merasa kena suspend je yang tau macam mana pedihnya nak bangun semula dan nak start build up akaun dari zero..

Anda boleh explore sendiri dengan cara bereksperimen sendiri, tapi serius sangat ambil masa.

Nak lagi cepat, anda cari orang yang dah berpengalaman dengan selok belok bisnes di ebay.

*Kredit: perkongsian di atas adalah ditulis oleh rakan saya, Zul Ariffin.

Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

–>> Boleh klik disini untuk tempahan <<–

 

Ada 3 pakej yang anda boleh pilih:

1. RM97

  • eBook Panduan ebay intelligence sahaja

2. RM197 (Recommended!)

  • eBook Panduan ebay intelligence
  • Adobe Photoshop Portable
  • Document Template Follow up customer
  • Tools kit ebay
  • Document template avatar multiple account
  • 400 niche berpotensi di ebay
  • Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
  • Ultimate guide for dropshipping
  • 50 ways to make your first sale
  • group support di FB

3. RM497

  • Bengkel Ebay Intelligence 2017 di Johor dan Selangor
  • eBook Panduan ebay intelligence
  • Adobe Photoshop Portable
  • Document Template Follow up customer
  • Tools kit ebay
  • Document template avatar multiple account
  • 400 niche berpotensi di ebay
  • Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
  • Ultimate guide for dropshipping
  • 50 ways to make your first sale
  • group support di FB

 

–>> Boleh klik disini untuk tempahan <<–

PS. Jika anda rasa pelaburan ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan yang bakal anda peroleh di Ebay hasil daripada ilmu yang anda peroleh daripada ebook ini. Income anda mungkin akan jadi lebih berlipat-kali ganda daripada nilai pelaburan ini!

Take it or Leave it.

 

4 Skill Asas Yang Wajib Anda Tahu Untuk Hasilkan Jualan Lumayan Di Ebay!

 

Assalamualaikum 🙂 & Salam ceria,

Bagi anda yang ingin memulakan Bisnes di Ebay, ini dia 4 ilmu asas yang anda perlu kuasai:

  1. Kaedah membuat Kajian Produk
  2. Mencari Sumber Supplier yg murah
  3. Membuat Iklan di ebay
  4. Proses Order

Saya terangkan serba ringkas untuk anda dapat mudah paham prosesnya dengan baik.

Langkah 1: Kaedah membuat Kajian Produk

Ini adalah persoalan utama yang sering bermain di fikiran new seller. Persoalan barang apa yang nak dijual, adakah ada permintaan dan sebagainya. Cara nak buat research ni kalau anda dah tahu mesti anda terkejut sebab tak sangka sebenarnya banyak benda yang boleh dijual di ebay ni.

Cara yang paling simple nak buat jualan, ialah anda perhatikan dalam rumah anda, barang apa yang tak dipakai lagi, so kalau ada just ambil gambar dan iklankan di ebay.

Kaedah kedua kalau anda masih takde idea nak jual ape, just pergi je kat shopping complex, kedai runcit, jualan gudang yang terdekat dan perhatikan apa barang yang ada dijual kat sana.

Jika ada barang yg menarik perhatian, anda cuba buat carian di ebay, ada tak orang jual kat ebay, kalau ada anda boleh beli satu dulu dan try buat iklan kat ebay.

Jom kita tengok beberapa contoh :

 

Tiger balm ni boleh dapat kat kedai-kedai runcit, harga datang baru berapa ringgit je.

Kalau anda beli borong, dapat jauh lagi murah.

Contoh barang ke 2:

 

Harga datang sebotol baru RM15 or USD3.52, harga seller ni jual USD12.99. Dah terjual sebanyak 193 unit.

193 x 12.99 = USD2507.07 = RM10682.02! banyak tuuu. kan? jual durex play jer

 

ok, so dah tau sikit-sikit try lah buat latihan, ni waktu nak raya ni sape yang dah ada isteri tu mesti isteri ajak jalan cari shopping sikit-sikit untuk raya.. so sementara anda teman shopping tu buat market survey sikit. Tengok apa barang yang anda jumpa tu then bukak HP search kat ebay ada tak jual barang yang anda tengah tengok tu.

Kalau ada, simpan data tu, balik rumah buat analisis sikit.

 

Alright, tu kaedah cuba-cuba. Orang panggil kaedah konvensional. Manakala kaedah yang terpelajar sikit anda buat analisis gunakan the past historical selling of data dari ebay sama ada secara manual ataupun menggunakan software.

Kalau secara manual anda kena scrape data dari ebay then masukkan dalam excel dan analisis berapa harga jualan purata, berapa unit terjual sebulan, berapa ramai competitor dan sebagainya. Anda boleh juga pergi ke website ebay dan lihat apa item yang telah terjual menggunakan advanced search ebay.

Leceh sikit la kalau buat manual. So jangan buang masa, gunakan segala apa sumber yang dah sedia ada seperti website terapeak.com. Website terapeak ni akan bantu anda buat analisa barang terjual dan bagi anda keputusan patut atau tak patut untuk anda jual barang anda dah jumpa tu.

Langkah 2 : Mencari sumber supplier yang murah

Bila dah tau demand, sekarang ni anda cuba cari pula supplier yang termurah di pasaran. Jika anda ada modal besar dan yakin barang tu boleh pergi jauh berdasarkan data-data kajian yang anda dah analisa menggunakan terapeak macam yang diajar dalam Video Diari Ebay tu, so jangan takut-takut untuk start invest sikit duit beli produk dari supplier.

Mana nak dapat supplier? Jangan pening-peningkan diri anda, kalau tak jumpa supplier, tengok je kat kedai runcit ada tak jual barang tu, tengok kat mydin, tesco, jusco, watson, guardian atau mana-mana sahaja yang ada jual barang yang anda nak.

Kalau jumpa harga memang lagi murah dari anda nampak kat ebay, ada profit, jalan jer. Itulah supplier anda, tak semestinya supplier tu mesti kena harga paling rendah seminima yang mungkin, nanti bila dah start jual pelan-pelan cari lagi sumber yang lebih murah.

Yang penting anda jual kat ebay ni ada progress. Anda belajar something. Tak perlu tunggu sampai dapat harga yang betul-betul murah. Kalau tak saya percaya smpai bila-bila anda takkan start-start menjual di ebay.

Kalau takut nak beli banyak, beli je 1-2 dulu sebagai stok. Nanti bila dah dapat rentak dan dah yakin hasil kajian anda tu memang betul ada demand boleh jual kat ebay, baru start pam modal lagi besar untuk tambah stock.

Ni orang kata cara smart berniaga. modal seminima mungkin dan profit semaksima mungkin. Baru namanya anda berniaga dengan kos yang paling minima.

Langkah 3 : Membuat Iklan di ebay

 

So bila anda dah tau ada demand, lepas tu dah ada supplier, dah beli satu dua stock untuk jual, ape lagi, amek gambar lawa-lawa untuk buat iklan kat ebay la.

Kalau camera canggih-canggih takde pun takpe. Kalau takde lighting box pun takper. Takde masalah. Jangan bebankan fikiran anda untuk kena ada semua benda dulu sampai lengkap, yang penting progress.

Guna jer apa yang anda ada dulu. Nanti dah ada sale masuk atau dah ada bajet baru start upgrade barang-barang keperluan bisnes anda pelan-pelan.

 

Ok bila dah ada gambar yang memuaskan, buka akaun ebay anda dan buat iklan untuk try jual barang jualan anda tu secara auction atau buy it now. Kalau barang tak terjual, takde kerugian apa-apa pun. Kalau terjual anda dapat profit.

Amacam, senang kan?

Ebay dah tolong carikan buyer untuk anda.. dah siap iklan tunggu je sampai listing anda tamat. sementara tunggu tu anda boleh fokus buat kerja lain pulak..

Langkah 4 : Proses Order

Congatulation your ebay item sold!

You receive a payment!

Itu adalah emel yang pertama anda akan terima apabila anda punya barang berjaya terjual. Kalau barang ni adalah barang yang pertama anda berjaya jual di ebay, ucapkan syabas untuk diri anda!

Akhirnya usaha anda telah nampak hasil. Jangan fikir dulu berapa profit yang anda dapat, walaupun tak besar pada awalnya, tapi apa yang lebih penting dah dah tau algorithm ebay. Anda dapat paham macam mana nak jual kat ebay ni. Apa yang lebih penting anda dah ada ilmu berniaga di ebay.

 

Langkah terakhir ialah proses order bila anda dah dapat buyer dari jualan anda di ebay.

 

Peringkat ni anda perlu belajar macam mana nak pos barang anda ke customer, kenalpasti shipping company  mana yang terbaik dan termurah. saya cadangkan anda gunakan pos malaysia flexipax, sebab kosnya sangat murah. dengan harga RM8 + RM4.6(tracking number) anda dah boleh hantar barang sampai ke USA.

Dah selesai hantar barang, upload tracking number ke dalam akaun paypal anda dan akaun ebay anda untuk bagi update pada buyer.

Mudah kan?

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, apa yang saya nak kongsikan untuk anda jika masih belum pernah buat jualan kat ebay lagi, bermulalah dari sekarang. sebab kos nak buka akaun ebay adalah sangat-sangat rendah tapi customer yang anda bakal dapat adalah seluruh dunia.

Tak rugi untuk anda spend masa sikit sehari 2-3 jam untuk belajar proses buat jualan di ebay. Apa yang penting adalah dah ada ilmu cepat-cepat take action.

Lepas baca artikel ni buatlah dulu apa yang anda mampu. Yang penting ada progress.

Percayalah cakap saya, bisnes di internet ni, bahagian yang paling susah adalah nak dapatkan trafik buyer, ramai newbie yang fail sebab tak pandai tarik trafik untuk buat jualan, tapi di ebay masalah utama yang dihadapi oleh newbie ni ebay dah bantu selesaikan.

Waktu mula-mula anda berniaga memang takkan nampak sangat profitnya.. sebab akaun ebay anda belum cukup matang, akaun ebay anda belum cukup kuat untuk bagi anda duit yang banyak.

Anda perlu ada mindset yang betul, ni bukan skim cepat kaya, hari ni masuk buat pelaburan, esok lusa dah nak dapat untung.

Kalau anda tanam pokok sawit, setahun dua baru dapat raih income nya. Modal nak tanam pokok sawit pun berapa kosnya? boleh ke tanam tepi rumah or dalam pasu?

Tak boleh kan? At least kena beli tanah seekar dua, lepas tu kena beli benih sawit, kasi baja, upah orang jaga, sampailah pokok tu membesar dan boleh kutip hasil. kos nak beli tanah seekar je dah telan kos RM50 ribu- RM100 ribu.

Belum masuk lagi kos-kos yang lain..

Berbanding dengan bisnes ebay ni, modal anda cuma buka akaun ebay kena cas RM3 untuk update automatic seller fees, dan cas kedua adalah nak verify paypal RM10. total kos adalah RM13 sahaja.

Modal selebihnya adalah modal ilmu dan juga modal nak beli barang untuk jual kat ebay. Dalam Video Diari Ebay ini, saya ada kongsikan macam mana nak mulakan bisnes ebay dengan modal yang sangat-sangat minima.

 

Start small, end big bro

Ok akhir kata, renungi kata kata pujangga kat bawah ni:

Akaun ebay adalah aset maya yang sangat berharga. Hari ini anda jaga akaun ebay anda, hari esok akaun ebay akan tambah duit poket dan akaun bank anda

 

Saya ucapkan good luck and all the best!

*Kredit Zul Ariffin Maarof

Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada buat Firesale Pre-launch Jualan Video Tutorial Diari Ebay sedang dilancarkan dalam tempoh terhad pada harga RM89 sahaja. Masih belum terlambat untuk anda grab di sini:

–>> Boleh klik disini untuk tempahan <<–

 

 

Lihat Wanita Ini, Jualan Tudung Cecah RM14,191.47 Di Ebay!

Ok, anda mungkin selalu fikir ape nak dijual kat Ebay ni.

Sebenarnya tak kira apa barang pun yang anda letak kat ebay ni, insyaAllah akan ada yang membeli.

Nak tau sebab apa?

Sebabnya ebay memang tempat membeli belah di luar negara. Diorang memang telah terdidik untuk membeli secara online sahaja.

Anda boleh lihat sendiri sales seorang seller ni dari Malaysia.

Akaun di Ebay masih sangat-sangat baru. Tak sampai 10 bulan lagi pun. Tapi dah berjaya buat sales 5 angka. 100% hanya dari ebay.

Dia jual tudung sahaja. Hari-hari dia jual tudung.

Walaupun sales dia tak banyak. Tapi konsisten. Setiap bulan walaupun sikit, tetap ada sales.

Dan itu lebih baik daripada orang yang langsung tak buat sales kat ebay. Zero sales. Langsung takde masuk duit dalam USD.

So anda pilih mana?

Langsung takde sale ataupun at least ada sales walaupun sikit. Lagipun bukan anda yang kena jual pun. Ebay yang tolong jualkan untuk anda. 😀

Tugas anda cuma bila dapat duit tu cepat-cepatlah poskan barang ke customer. Mudah kan? hihi.

Cuba tengok sales dia ni setiap bulan. Dalam USD ni tau. Sila kira USD1 darab dengan RM4.42.

Ni akaun seller tersebut:

 

Nampak tak?

Daftar pada 6 april 2016. Baru 8 bulan lebih.. Tak sampai setahun pun lagi. Ni bukan cakap kosong tau. Saya tunjuk bukti. 😉

Dia jual apa ni?

Dia jual tudung. Brand aida naim. Dalam masa 8 bulan lebih je (saya tak kira bulan dec) dah terjual 173 helai!

Bulan pertama memang lah. Baru nak belajar. 2 helai jer. Dapatlah 36usd. Tak banyak. Anda mungkin tak heran… 🙂

But this is the real business. Build up the ebay account slowly.

Percayalah.

Bisnes yang cepat naik biasanya cepat jer jatuh. Tudung ni memang takde isu copyright di ebay. So ebay gerenti 99% takkan suspend akaun anda.

Nak tau supplier dia?

Sesi pembelajaran kita kali ni secara real case study. Jom kita tengok sales seller ni untuk bulan sept to nov (88 days)

Kita tengok top 3 sahaja.

  1. instant shawl calista : 14 sold, sales USD254.53 @ RM1126.03
  2. instant shawl seroja : 10 sold, sales USD190.43 @ RM842.45
  3. instant shawl lestari : 9 sold, sales USD 165.55 @ RM732.38

Total sales adalah USD610.51 equivalent to RM2700.86.

Ini adalah penyumbang utama kepada jualan produk seller ni. Inilah dinamakan research. Kalau research anda bagus. Research anda strong. Anda tak perlu jual barang yang sembarangan jer. Anda listing barang yg memang ada track rekod sales yang bagus sahaja.

Kalau anda follow past sales history dan dapat faham dari data sales tu. InsyaAllah 95% saya gerenti anda punya barang pun akan terjual. So takyah lah nak listing pakai sembarangan jer. Dah tak terjual nanti kecewa.

Belajarlah dulu buat research macam mana. Cari apa demand buyer. Barulah anda supply. Bukan cari supplier kemudian try jual. Ni bukan try and error bang.  Kita nak buat sales yg try tapi kurang error. Cuma 5 significant error jer kita nak. Kan dah masuk topik matematik pulak 😀

 

Ok ni adalah listing live seller ni. Dah 22 sold bukan 14 sold lagi.

Waktu anda baca artikel ni seller ni tengah makan tengah jalan-jalan dengan anak bini. Tapi bisnes dia still berjalan dan menghasilkan USD.

Jom kita tengok siapa supplier.

Ni ha suppliernya:

 

(https://shoppingmurah86.blogspot.my/p/koleksi-khas-aida-naim.html)

Nampak tak, sama kan?

Mungkin anda ada supplier yang lebih baik. Dan dapat harga yang lebih murah. Ni case study sahaja. blog jual tudung tu pun bukan sy punya.

Saya tunjukkan jer. Untuk anda belajar. Bagi mata dan minda anda terbuka sikit. Bagi anda nampak peluang ni 🙂

Ok kita kira kos berapa ye:

Kos sehelai paling murah RM32 = USD 7.2

Shipping : rm8 = usd1.8 ( guna flexipax)

Jual : RM80.25 = usd18.14

Ebay fees : $1.81

Paypal fees : $0.83

Net profit seunit : $18.14-$7.2-$1.8 -$1.81-$0.83 = $6.47 @ RM28.62

Seller ni dah berjaya jual 22 helai kalau ikut rekod yang terkini. So, RM28.62 X 22 helai = RM629.64. ni baru 1 jenis tudung je!!!

Dah lah takyah nak belajar menjual. Listing @ buat iklan jer kat ebay lepas tu tinggal jer.

Ebay yang tolong carikan buyer. Dah dapat sales, tinggal pos jer. Kerja jadi lebih mudah.

Ebay untuk orang yang tak tau nak buat sales..

Dan juga untuk orang yang baru mula-mula nak menjinakkan diri berniaga di ebay..

Bestkan?

Ok. Saya dah dedahkan bogel habis. Niche saya tunjuk, supplier saya kongsikan. cara nak buat research pun saya bagitau.

Tapi saya harap anda janganlah sailang harga seller ni. Tujuan saya share ni untuk anda belajar. Jangan pulak anda tiru sebijik sebijik macam ni. Lepas tu anda nak buat sales anda buang harga. Taknaklah macam tu.

Jangan risau. Market ni luas bang. Anda letak harga lagi tinggi pun orang akan beli. Kalau dah rezeki tu memang anda punya. InsyaAllah anda akan dapat sale juga. Belajarlah menjual dengan adab dan etika.

Allah dah janji pun dalam firmanNya:

So copy case study ni dan jual lah tudung jenis lain pulak. Tudung Neelofa ke, tudung Radiusite ke, tudung fareeda ker. Kan ada banyak tudung tuh.

Selain tu. saya nak bagi tips juga. Setiap hari anda bacalah yassin, waqiah dan surah mulk.

Saya dah amalkan setiap hari. Alhamdulillah. Allah bagi rezeki yang tanpa henti kat saya. Kadang satu hari saya terlampau sibuk sepanjang masa atas jalan jer. Saya jeling-jeling baca guna hp waktu drive bawak pelan-pelan.

Saya percaya Yassin ni mempermudahkan urusan harian kita setiap hari, Al-waqiah pulak Allah dah janji kau takkan miskin selagi kau amalkan membacanya. Dan Al-Mulk pulak katakanlah tengah sibuk urusan dunia setiap hari tiba-tiba mati.. So surah ni lah yang akan temankan anda dalam kubur nanti. Anak bini mak ayah kawan-kawan memang confirm teman sampai tepi kubur je 🙁

Ok, setakat tu jelah perkongsian kita kali ni. Sampai termasuk topik agama dakwah anda sekali.

Saya mengajak ke arah perkara kebaikan. Mudah-mudahan anda praktiskan anda dapat pahala saya pun dapat pahalanya.. Aminn.

*Kredit: perkongsian di atas adalah ditulis oleh rakan saya, Zul Ariffin.

Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

–>> Boleh klik disini untuk tempahan <<–